Rabu, 16 Jun 2010
Isnin, 14 Jun 2010
dear diary...
salam di angin lalu semoga hari ini aku sukses hendaknya.. biarlah mimpi semalam menjadi igauan ku, ku tak ingin menangis lagi...
apa itu sumpah yang memakan diri ini telah terbukti bahawa aku betul2 telah di mkn sumpah...
tolong lah aku ... sudah tidak tertanggung oleh diri ini untuk menggalas bebanan yg ada..
isteri adalah anugerah bukan hakmilik yg boleh di buat sesuka hati..
isteri juga mempunyai hati dan perasaan yg sgt halus untuk di jagai n di hargai..
wajarkah andai isteri menjadi liar lantaran sikap suami yg sedemikian... terasa diri bagaikan tidak berguna lagi pada pandangan mata suami.. oh tuhan... bila kah akan berakhir semua ini, berikan lah aku kebahagiaan sepertimana orang yg telah kau berikan kebahagiaan..
bila sering di perlakukan begini dimana perasaan cinta seorang isteri terhadap suami nya lagi? di mana???
luka yang ku tanggung perit bagaikan di hiris sembilu..mengalir darah2 merah di kulit mulus betapa kejamnya perbuatanmu bagaikan sudah tidak punya hati dan perasaan lagi..parut yg ada mencatat sejuta kenangan yg menghantui dalam diri ini hanya tuhan saja yg tahu..terlalu banyak kisah2 duka diantara parut- parut yg ada..
dalam sendu, aku masih mampu untuk ketawa, tersenyum walaupun hatiku menangis menahan kesakitan.. akulah pelakon terbaik di dunia ini.. ah! tak susah mata merah boleh pakai eye more, celak n maskara semua itu ada lah penyelamat utukku.. tapi hati yg terluka, parut yg masih bersisa dengan darah dimana nak ku sembunyikan semua itu? harap2 tak siapa yang akan bertanya kenapa, mengapa, bagaimana... kerna aku tak bisa menjawabnya... biarlah aku disini meluahkan segala2nya agar hatiku puas untuk melepaskan apa yg terpendam.. bagaimana ingin aku menarik sumpah dan kata2 ku kembali...oh tuhan begitu kuat dugaanMu terhadap diri ini yg terlalu lemah n tak berdaya lagi... dimana janjiku selama ini? dimana? aku menjadi serba salah lantaran janji2 ku yang tak mampu aku tunaikan demi anak2 ku yg sedang meningkat remaja.. aku gelisah, gelisah, keliru dengan semua ini
cukuplah penderitaan semalam ku tak ingin di lukai lagi kerana luka semalam masih lagi terasa peritnya..
Langgan:
Catatan (Atom)